31 January 2009

SEJARAH KDA


Persatuan Orang Pekak Kedah Darul Aman ini ditubuhkan pada 25hb.Oktober 1993 , bersifat sebuah organisasi ditabir secara ' self-help ' dan menpunyai majoriti. Terdiri daripada orang-orang pekak. KDA berdaftar dengan Pertubuhan Negeri Kedah dan No.
Pendaftarannya ialan 1182/93 ( Kedah ) .


Apa itu Pekak?
Pekak ialah tidak dapat mendengar , ianya adalah
kecacatan fizikal yang tidak nampak secara zahir ,
umumnya orang pekak kelihatan sempurna dan tiada
masalah berbanding orang biasa.

Bagaimana Orang Pekak Berkomunikasi ?
Orang Pekak menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi , ianya sama seperti
orang biasa menggunakan bahasa percakapan ( spoken language ) untuk berkomunikasi

Berkomunikasi dengan dunia luar ?
Orang Pekak selalu menggunakan khidmat jurubahasa isyarat. Peranan jurubahasa sangat penting di dalam mencapai matlamat pengintegrasian masyarakat awam.